Kem Bersepadu

Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 3

Enjin

tajuk

 

Pengenalan

Enjin merupakan gabungan beberapa bahagian mekanikal yang melakukan kerja sawat. Enjin dapat membantu manusia dalam memudahkan kerja harian. Terdapat pelbagai jenis enjin mengikut bilangan silinder seperti satu, dua, tiga, empat, enam dan lapan.

Jenis dan kegunaan Pengikat dan Pencantum

Pengikat dan pencantum digunakan bagi menyambung dan memasang beberapa bahagian enjin. Jika bahagian enjin rosak atau tidak berfungsi dengan baik ia dapat ditanggalkan bagi tujuan menservis, baik pulih atau penggantian. Pengikat dan pencantum diperbuat daripada keluli lembut.

Pengikat

1. Bol
Bol digunakan untuk mengikat bahagian-bahagian enjin. Bahagian utama bol adalah kepala dann batang berulir. Jenis bol ditentukan bentuk kepalanya. Jenis bol yang sering digunakan adalah bol kepala segi empat dan bol kepala segi enam. Saiz bol ditentukan oleh panjang dan diameter batang. Bol mesti digunakan bersama nat.

Bol

Bol

Nat
Nat mempunyai ulir dalam. Saiz nat ditentukan oleh ukuran diameter lubang berulir.

Nat segi empat

Nat segi empat

Digunakan bersama dengan bol dalam kerja-kerja pemasangan umum

Nat heksagon

Nat heksagon

Digunakan bersama dengan bola tau stad dalam kerja-kerja pemasangan umum

Nat Telinga

Nat Telinga

Digunakan di tempat-tempat yang tidak memerlukan tekanan yang kuat tanpa menggunakan sepana atau soket

Nat Kota

Nat Kota

Digunakan bersama cemat belah untuk menahan nat terkeluar daripada bol

Skru Tudung
Bahagian enjin yang mempunyai ulir dalam pula diikat dengan skru tudung. Keseluruhan batang skru tudung berulir dan digunakan tanpa nat. Saiz skru tudung ditentukan oleh panjang dan diameter batang. Jenis skru tudung ditentukan mengikut bentuk kepalanya.

Skru tudung

Skru tudung

Contoh penggunaan skru tudung

Contoh penggunaan skru tudung

Stad
Stad tidak mempunyai kepala dan kedua-dua hujungnya berulir. Satu hujung batangnya berulir halus dan satu hujung lagi berulir kasar. Saiz stad ditentukan oleh panjang batang dan diameter. Bahagian yang berulir halus dipasang bersama dengan nat dan bahagian yang berulir kasar dipasang di bongkah enjin.

Stad

Stad

Pencantum
Pencantum digunakan untuk mengunci bahagian yang berputar seperti aci engkol atau roda tenaga.

Kekunci
Fungsi kekunci ialah mengunci aci dengan roda tenaga yang berpusing bersama-sama. Terdapat dua jenis kekunci, iaitu:

i.        Kekunci woodruff

Kekunci woodruff juga dikenali sebagai kekunsi setengah bulatan. Bahagian bawah kekunci ini dimasukkan ke dalam alur kekunci pada acid an bahagian atas ke dalam alur takal supaya ia tidak tertanggal

Kekunci woodruff

Kekunci woodruff

ii.        Kekunci persegi

Kekunci persegi juga dikenali sebagai kekunci bernam. Sebahagian kunci ini dimasukkan ke dalam alur kekunci pada acid an bahagian lain ke dalam alur takal yang dicantumkan.

Kekunci persegi

Kekunci persegi

Bahagian Luar Enjin

Enjin yang akan dipelajari ialah enjin satu silinder empat lejang. Enjin merupakan gabungan beberapa bahagian utama. Bahagian-bahagian ini mempunyai fungsinya tersendiri.

Bahagian Luar Enjin dan Fungsinya

Antara bahagian-bahagian utama sebuah enjin satu silinder empat lejang adalah seperti yang berikut:

Bahagian-bahagian utama luar enjin

Bahagian-bahagian utama luar enjin

Bahagian-bahagian luar enjin satu silinder empat lejang adalah seperti berikut.

Kepala silinder

Kepala silinder terletak di atas bongkah enjin dan menutup lubang silinder. Kepala silinder diperbuat daripada besi tuang atau aloi aluminium. Pengikat digunakan bagi mengikat kepala silinder dengan bongkah silinder. Gasket digunakan di antara kedua-dua bahagian ini bagi mengelakkan kebocoran campuran udara dan bahan api. Pada kepala silinder terdapat satu lubang berulir di mana palam pencucuh dipasangkan. Sirip penyejuk dan ruang pembakaran juga terdapat pada kepala silinder ini.

Kepala silinder

Kepala silinder

Sirip penyejuk

Sirip penyejuk terdapat pada kepala silinder, bongkah silinder dan roda tenaga. Sirip penyejuk terdiri daripada kepingan logam nipis dan lebar permukaannya serta berfungsi bagi memerangkap udara untuk menyejukkan enjin.

Sirip Penyejuk

Sirip Penyejuk

Palam pencucuh

Palam pencucuh dipasang pada lubang berulir di kepala silinder. Palam pencucuh berfungsi mengeluarkan percikan bunga api di ruang pembakaran. Bunga api ini perlu bagi membakar campuran udara dan bahan api yang dimampatkan di ruang pembakaran.

Palam Pencucuh

Palam Pencucuh

Bongkah enjin

Bongkah enjin adalah bahagian utama enjin di mana terdapat:

  1. Lubang silinder
  2. Sirip penyejuk
  3. Palam pengisi minyak
  4. Ukur celup

Bahagian enjin yang bergerak dipasang pada bongkah enjin ialah:

  1. Piston
  2. Aci engkol
  3. Aci sesondol
  4. Tapet
  5. Rod penghubung
Bongkah Enjin

Bongkah Enjin

Palam pengisi minyak

Palam pengisi minyak terletak di bongkah enjin. Ia adalah lubang saluran untuk mengisi minyak pelincir. Sesetengah enjin menempatkan ukur celup pada palam pengisi minyak ini.

Palam Pengisi Minyak

Palam Pengisi Minyak

Palam buang minyak

Palam bunag minyak terletak di taking minyak pelincir. Palam berulir ini ditanggalkan bagi membuang minyak pelincir.

Palam Buang Minyak

Palam Buang Minyak

Takung minyak pelincir

Takung minyak pelincir terletak di bawah bongkah enjin untuk menyimpan minyak pelincir.

Takung Minyak Pelincir

Takung Minyak Pelincir

Ukur celup

Ukur celup digunakan untuk menguji aras minyak pelincir di dalam takung minyak. Takat aras maksima dan minima minyak pelincir terdapat pada ukur celup ini.

Ukur Celup

Ukur Celup

Karburetor

Karburetor berfungsi bagi mencampurkan udara dan bahan api pada kadar yang betul. Wap campuran udara bahan api disalurkan ke ruang pembakaran melalui rongga masukan. Tangki bahan api disambungkan ke karburetor dengan salur bahan api. Karburetor dipasangkan pada rongga masukan.

Karburetor

Karburetor

Pembersih udara

Pembersih udara berfungsi:

  1. Menapis udara yang masuk ke dalam karburetor
  2. Mengurangkan bunyi bising ketika udara masuk ke dalam karburetor
  3. Bertindak sebagai penahan nyalaan api apabila enjin tersedak

Terdapat empat jenis penapis udara, iaitu:

  1. Jenis kawal minyak
  2. Jenis kasa dawai
  3. Jenis katrij kertas
  4. Jenis foam
Pembersih Udara

Pembersih Udara

Roda tenaga

Roda tenaga mewujudkan momentum untuk membolehkan enjin berputar. Sirip yang terdapat pada roda tenaga bertindak sebagai kipas untuk menyedut udara masuk. Pada bahagian dalam roda tenaga terdapat magnet kekal yang berfungsi sebagai salah satu sistem penyalaan magnet.

Roda Tenaga

Roda Tenaga

Tangki bahan api

Tangki bahan api digunakan untuk menyimpan dan menyalurkan bahan api ke karburetor. Kebanyakkan tangki bahan api terletak lebih tinggi daripada karburetor untuk memudahkan pengaliran api ke karburetor

Tangki Bahan Api

Tangki Bahan Api

Penyerap bunyi

Fungsinya adalah untuk mengurangkan bunyi bising kesan daripada pembakaran campuran udara dan bahan api. Paip ekzos menyalurkan gas ekzos keluar melalui rongga ekzos. Gas ekzos ialah karbon monoksida.

Penyerap Bunyi

Penyerap Bunyi

Perumah penghembus

Perumah penghembus diperbuat daripada logam dan digunakan untuk menutup bongkah enjin dan roda tenaga. Bahagian ini juga berfungsi untuk memerangkap udara dan menyalurkannya ke bongkah enjin bagi sistem penyejukan enjin.

Perumah Penghembus

Perumah Penghembus

Alatan Tangan

Pengetahuan mengenai alatan tangan yang sesuai dan cara penggunaan yang betul perlu diketahui sebelum kerja baik pulih enjin dilakukan. Terdapat pelbagai alatan tangan yang akan diguna di bengkel. Antara alatan tangan tersebut adalah pemutar skru, sepana, soket, tangkai dan tolok perasa.

Sepana

Sepana digunakan untuk melonggar atau mengetatkan bol, nat dan skru tudung berkepala heksagon. Saiz sepana ditentukan oleh jarak bukaan rahang atau diameter gelangnya.

Contoh penggunaan sepana yang selamat. Semasa menggunakan sepana, anda perlu tarik dan bukannya tolak

Contoh penggunaan sepana yang selamat. Semasa menggunakan sepana, anda perlu tarik dan bukannya tolak

Saiz sepana dalam metrik

Saiz sepana dalam metrik

  1. Sepana hujung terbuka

Kedua-dua rahang terbuka dengan saiz yang berlainan. Sesuai digunakan apabila sepana gelang tidak dapat digunakan. Saiz sepana hujung terbuka ditentukan oleh bukaan rahangnya.

Sepana hujung terbuka

Sepana hujung terbuka

     2. Sepana gelang

Kedua-dua hujungnya mempunyai soket gelang yang berlainan saiz. Cengkamannya lebih kuat dan tidak mudah tergelincir semasa mengetat atau melonggarkan nat. saiznya ditentukan oleh diameter dalam gelang. Digunakan pada ruang yang sempit apabila soket tidak boleh digunakan.

Sepana gelang

Sepana gelang

3. Sepana Gabung

Sepana ini adalah gabungan sepana hujung terbuka dengan sepana gelang. Mempunyai rahang terbuka di satu hujung dan soket gelang di hujung yang lain. Saiz kedua-dua hujung ini adalah sama.

Sepana Gabung

Sepana Gabung

Soket

Soket mempunyai ciri-ciri yang sama dengan sepana gelang tetapi tidak mempunyai tangkai tetap. Soket memberikan cengkaman yang kuat dan tidak mudah tergelincir. Soket digunakan bersama dengan tangkai. Soket boleh didapati dalam beberapa bentuk dan saiz. Saiz soket ditentukan oleh diameter dalam soket.

1. Soket
Soket digunakan untuk mengetat dan melonggarkan bolt, nat dan skru tudung kepala heksagon

Soket

Soket

2. Soket dalam
Soket dalam lebih panjang binaannya daripada soket heksagon. Soket dalam sesuai digunakan untuk membuka atau memasang palam pencucuh.

Soket Dalam

Soket Dalam

3. Soket fleks
Soket jenis ini mempunyai sendi yang boleh digerakkan. Soket ini digunakan untuk melonggar dan mengetatkan bolt dan nat di bahagian dalam enjin.

Soket Fleks

Soket Fleks

Tangkai

Tangkai digunakan bersama soket. Setiap tangkai mempunyai penyuai segi empat sama untuk disuaikan dengan lubang segi empat sama soket. Tangkai berfungsi memusingkan soket sama ada melonggar atau mengetatkan bol, nat dan skru berkepala heksagon. Terdapat pelbagai jenis tangkai mengikut kesesuaian keadaan dan fungsi.

1. Tangkai L
Tangkai ini mempunyai hujung seperti huruf ‘L’. tangkai ini digunakan secara meluas untuk melonggar dan mengetatkan bol, nat dan skru tudung berkepala heksagon. Tangkai L boleh memberikan daya tekanan yang kuat.

Tangkai L

Tangkai L

2. Tangkai hayun
Tangkai hayun digunakan di tempat yang memerlukan tekanan yang lebih kuat dan boleh diubah sendinya untuk mengetat atau melonggarkan bold dan nat.

Tangkai Hayun

Tangkai Hayun

3. Tangkai pelaju
Tangkai berbentuk engkol. Tangkai pelaju berfungsi melonggar atau mengetatkan bol, nat dan skru tudung berkepala heksagon dengan pantas. Daya mengetat tidak kuat.

Tangkai Pelaju

Tangkai Pelaju

4. Tangkai T
Tangkai T mempunyai kepala yang boleh dialihkan sepanjang tangkai. Fungsinya adalah untuk memberikan daya pusingan yang kuat.

Tangkai T

Tangkai T

5. Tangkai gear sala
Pada satu hujung tangkai gear sala terdapat tuil yang membolehkan soket dipusing satu hala sahaja. Tangkai gear sala membolehkan soket dipusingkan satu arah sama ada membuka atau mengetatkan nat tanpa perlu mengangkat soket daripada nat. Tangkai gear sala sesuai digunakan di ruang yang sempit.

Tangkai Gear Sala

Tangkai Gear Sala

6. Perengkuh daya kilas
Perengkuh daya kilas mempunyai skala senggatan untuk menunjukkan nilai daya kilas yang digunakan. Tangkai ini berfungsi bagi mengetatkan bol, nat dan skru pada had daya kekuatan yang diperlukan. Daya kilas disukat dalam paun kaki.

Perengkuh Daya Kilas

Perengkuh Daya Kilas

7. Tolok perasa

  1. Tolok perasa digunakan untuk mengukur sesuatu kelegaan yang ditetapkan
  2. Contohnya pada celahan palam pencucuh, kelegaan tapet dan kelegaan poin titik sesentuh
  3. Terdapat dua jenis tolok perasa, iaitu:

a)     Tolok perasa bilah

  1. Mempunyai bilah kepinganlogam nipis yang berlainan tebalnya dan ditanda dengan angka
  2. Digunakan untuk mengukur kelegaan permukaan rata seperti kelegaan tapet dan kelegaan poin titik sebelah sesentuh

b)    Tolok perasa dawai

  1. Mempunyai dawai-dawai bulat yang bengkok pada bahagian hujungnya
  2. Dawai ini mempunyai ukuran diameter berbeza

Biasanya digunakan untuk memeriksa celahan pelam pencucuh

Tolok Perasa

Tolok Perasa

Jenis Dawai

Jenis Dawai

Angka Ukuran
07 0.07 mm
16 0.16 mm
43 0.43 mm
55 0.55 mm

8. Pemutar skru kontot

Mempunyai batang dan hulu yang pendek dan sesuai digunakan pada ruangan yang sempit. Saiznya ditentukan oleh panjang batangnya.

Pemutar skru kontot

Pemutar skru kontot

Membuka dan Memasang Bahagian Luar Enjin

Bahagian luar enjin boleh dibuka dan dipasang bagi tujuan baik pulih

  • Mengenal pasti alatan tangan dan langkah-langkah yang sesuai digunakan untuk membuka dan memasang kepala silinder

Alat dan Bahan: 

  • Satu silinder empat lejang
  • Kain pembersih
  • Soket dalam
  • Soket
  • Tangkai L
  • Berus dawai
  • Pengikis
  • Perengkuh daya kilas
  • Masking tape
  • Bahan api
  • Gasket
Struktur kepala silinder

Struktur kepala silinder

Langkah kerja:

  1. Tanggalkan sambungan kabel tegangan tinggi daripada palam pencucuh
  2. Tanggalkan palam pencucuh daripada kepala silinder dengan menggunakan soket dalam
  3. Longgarkan semua nat atau skru tudung pada kepala silinder dengan menggunakan kaedah dalam rajah
Langkah menanggalkan atau memasang pengikat pada kepala silinder

Langkah menanggalkan atau memasang pengikat pada kepala silinder

4. Tanggalkan kepala silinder dari bongkah enjin. Sekiranya kepala silinder tidak dapat ditanggalkan, ketuk kepala silinder                       dari arah sisinya dengan menggunakan gandin plastic. Jangan gunakan pemutar skru bagi mencungkil kepala silinder ini
5. Rendamkan kepala silinder dalam bekas yang mengandungi sedikit bahan api
6. Bersihkan ruang pembakaran dengan menggunakan berus dawai

Kepala silinder dengan ruangan pembakaran

Kepala silinder dengan ruangan pembakaran

7. Tanggalkan gasket yang ada pada bongkah enjin atau kepala silinder dengan menggunakan pengikis
8. Pusingkan roda tenaga supaya piston terletak pada kedudukan Takat Terakhir Atas. Beruskan permukaan piston dan                          permukaan kedua-dua injap. Gunakan sedikit bahan api bagi memudahkan penyingkiran karbon pada bahagian-bahagian ini
9. Keringkan bahagian yang telah dibersihkan dengan kain
10.Pasangkan gasket yang baru pada bongkah enjin. Pastikan gasket ini berukuran sama dengan gasket yang telah                                          ditanggalkan
11. Pasangkan kepala silinder. Ketatkan skru tudung mengikut kaedah semasa membuka
12. Gunakan perengkuh daya kilas unutk memastikan setiap nat atau skru tudung diikat dengan daya kilas yang sekata

Bahagian Dalam Enjin

Anda telah mempelajari bahagian luar enjin pada bab yang lalu. Dalam bab ini, anda akan pelajari pemasangan bahagian dalam enjin dan hubung kait antara bahagian luar dan dalam enjin.

Bahagian Dalam Enjin
Bahagian-bahagian dalam enjin berhubung kait antara satu sama lain bagi melicinkan pergerakan sesebuah enjin. Pengetahuan tentang bahagian dalam enjin amat berguna bagi memahami pergerakan mekanikal enjin serta sistemnya. Pengetahuan ini juga dapat membantu bagi melakukan kerja baik pulih serta menservis enjin satu silinder empat lejang.

Bahagian dalam enjin

Bahagian dalam enjin

Ruang pembakaran

  1. Ruang pembakaran terletak di bawah kepala silinder
  2. Fungsi ruang ini adalah untuk pembakaran campuran bahan api dan udara yang telah dimampatkan
Ruang Pembakaran

Ruang Pembakaran

Lubang silinder

  1. Lubang silinder terdapat di tengah-tengah bongkah enjin untuk menempatkan piston
  2. Piston bergerak naik dan turun dalam lubang silinder ini
Lubang Silinder

Lubang Silinder

Rongga masukan

  1. Rongga masukan adalah satu saluran yang terletak di antara karburetor dengan ruang pembakaran
  2. Rongga masukan terdapat pada bongkah enjin
  3. Fungsinya adalah untuk menyalurkan campuran udara dan bahan api memasuki lubang silinder
Rongga Masukkan

Rongga Masukan

Rongga ekzos

  1. Rongga ekzos adalah satu saluran yang terletak di sebelah rongga masukan
  2. Rongga ekzos juga terdapat pada bongkah enjin
  3. Fungsinya adalah untuk menyalurkan hasil pembakaran dari ruang pembakaran ke paip ekzos melalui penyenyap bunyi
Rongga  Ekzos

Rongga Ekzos

Piston

  1. Piston bergerak turun dan naik di dalam lubang silinder yang dipanggil gerakan saling piston
  2. Piston berfungsi untuk menerima daya penolakan hasil pembakaran dan memindahkan daya ini ke aci engkol
Piston

Piston

Rod penghubung

  1. Rod ini menghubungkan piston dengan aci engkol
  2. Hujung kecil disambungkan kepada piston manakala hujung besar disambungkan kepada aci engkol
  3. Pengaut terletak pada hujung besar rod ini
  4. Fungsi rod penghubung adalah untuk menukar gerakan saling piston kepada gerakan putaran aci engkol
Rod Penghubung

Rod Penghubung

Aci engkol

  1. Aci engkol diperbuat daripada keluli tangan
  2. Fungsi aci engkol adalah untuk menerima kuasa tunjahan rod penghubung ketika lejang kuasa
  3. Pada hujung aci engkol terdapat aci penghantar kuasa yang menukarkan gerakan putaran kepada kuasa gerakan mekanikal yang lain
  4. Di samping itu, pusingan aci engkol menyebabkan gear aci engkol dan gear sesondol berpusing lalu menggerakkan aci sesondol
Aci Engkol

Aci Engkol

Aci sesondol (Cam Shaft)

  1. Aci sesondol mempunyai gear dan dua buah sesondol
  2. Pergerakan sesondol akan menyebabkan injap terbuka dan tertutup
  3. Gear aci sesondol dipasangkan bersama dengan aci engkol
Aci Sesondol

Aci Sesondol

Tapet

  1. Tapet terletak di antara sesondol dan batang injap
  2. Sesondol akan menggerakkan tapet bagi membuka atau menutup injap
Tapet

Tapet

Tapet

Tapet

Injap

  1. Injap berfungsi bagi menutup dan membuka rongga masukan dan rongga ekzos
  2. Terdapat dua jenis injap, iaitu:

a)     Injap masukan

  1. Injap masukan terletak berhampiran dengan rongga masukan
  2. Injap ini mengawal kemasukan campuran udara dan bahan api ke dalam lubang silinder

b)    Injap ekzos

  1. Injap ekzos terletak berhampiran dengan rongga ekzos
  2. Injap ini mengawal keluaran gas ekzos hasil pembakaran di lubang silinder
  3. Injap ekzos kecil sedikit saiznya dengan injap masukan
Injap

Injap

 Edaran Empat Lejang

Beberapa istilah asas enjin perlu anda fahami sebelum mengetahui prinsip kendalian enjin empat lejang.

  1. Lejang bermaksud jarak ukuran pergerakan piston dari Takat Terakhir Atas dan Takat Terakhir Bawah atau sebaliknya
  2. Takat Terakhir Atas adalah kedudukan paling atas yang dapat dicapai oleh piston
  3. Takat Terakhir Bawah adalah kedudukan paling bawah yang dapat dicapai oleh piston

Pergerakan lejang ini akan berulang-ulang mengikut susunan tertibnya. Terdapat empat lejang yang berbeza fungsinya. Susunan lejang tersebut adalah:

  1. Lejang masukan
  2. Lejang mampatan
  3. Lejang kuasa
  4. Lejang ekzos

Setelah selesai pergerakan empat lejang ini, satu edaran lengkap telah sempurna. Edaran ini juga dikenali sebagai pusingan lengkap

Takat Terakhir Atas (TTA) dan Takat Terakhir Bawah (TTB)

Takat Terakhir Atas (TTA) dan Takat Terakhir Bawah (TTB)

Prinsip Edaran Empat Lejang

Pembakaran campuran udara dan bahan api berlaku apabila enjin dihidupkan. Pembakaran ini menghasilkan tenaga dan menggerakkan piston dalam silinder. Biasanya pergerakan piston menghasilkan empat lejang, iaitu lejang masukan, lejang mampatan, lejang kuasa dan lejang ekzos.

Lejang masukan

  1. Piston bergerak dari TTA ke TTB
  2. Keadaan vakum berlaku di dalam lubang silinder
  3. Injap masukan terbuka dan injap ekzos tertutup
  4. Keadaan vakum menyebabkan campuran udara dan bahan api disedut masuk ke dalam lubang silinder
  5. Aci engkol berpusing setengah pusingan (180º)
Lejang Masukan

Lejang Masukan

Lejang mampatan

  1. Piston bergerak dari TTB ke TTA
  2. Injap masukan dan injap ekzos tertutup
  3. Campuran udara dan bahan api di dalam lubang silinder dimampatkan hingga ke ruang pembakaran
  4. Aci engkol telah berpusing sebanyak satu pusingan (360º)
Lejang Mampatan

Lejang Mampatan

Lejang kuasa

  1. Bila piston sampai ke TTA pada hujung lejang mampatan ketika itu palam pencucuh mengeluarkan bunga api
  2. Injap masuk dan injap ekzos tertutup
  3. Campuran udara bahan api yang termampat dibakar di ruang pembakaran
  4. Hasil pembakaran itu menyebabkan piston ditolak ke bawah TTB untuk menghasilkan tenaga dan haba
  5. Aci engkol telah berpusing sebanyak satu setengah pusingan (540º)
Lejang Kuasa

Lejang Kuasa

Lejang ekzos

  1. Piston bergerak dari TTB ke TTA
  2. Injap ekzos terbuka tetapi injap masukan tertutup
  3. Gas ekzos ditolak keluar oleh pergerakan piston yang naik ke atas TTA
  4. Aci engkol telah berpusing sebanyak dua pusingan (720º)
Lejang Ekzos

Lejang Ekzos

Sistem Enjin

Sistem enjin adalah gabungan beberapa bahagian utama yang beroperasi supaya sesebuah enjin boleh berfungsi dengan sempurna. Terdapat lima sistem enjin dalam satu silinder empat lejang dan setiap sistem tersebut mempunyai fungsi yang berbeza. Kerosakan pada mana-mana sistem boleh menjejaskan prestasi sesebuah enjin:

Dalam enjin satu silinder empat lejang terdapat lima sistem, iaitu:

  1. Sistem pelinciran
  2. Sistem bahan api
  3. Sistem penyalaan
  4. Sistem ekzos
  5. Sistem penyejukan

Sistem Enjin dan Fungsinya

Sistem Pelinciran

Sistem pelinciran berfungsi untuk membekalkan minyak pelincir kepada semua bahagian enjin yang bergerak bagi mengurangkan geseran. Minyak pelincir memindahkan haba yang berlebihan menyerap gegaran dan menutup liang untuk mengelakkan pembaziran.

Sistem pelinciran

Sistem pelinciran

Fungsi Bahagian Utama Sistem Pelinciran

  1. Takung minyak pelincir – Menakung minyak pelincir
  2. Pengaut – Mengaut dan menyimbah minyak pelincir ke bahagian enjin yang bergerak di dalam bongkah enjin
  3. Ukur Celup –  Mengukur aras minyak pelincir dalam takung minyak pelincir
  4. Palam Buang Minyak – Lubang saluran bagi pengaliran keluar minyak pelincir yang kotor
  5. Palam Pengisi Minyak –  Lubang saluran untuk mengisi minyak pelincir yang bersih

Sistem Bahan Api

  1. Sistem bahan api berfungsi menyediakan dan membekalkan campuran udara dan bahan api pada kadar yang betul ke ruang pembakaran
  2. Karburetor memainkan peranan penting dalam sistem ini
  3. Sistem bahan api berfungsi di permulaan lejang masukan
  4. Piston bergerak dari TTA ke TTB menyebabkan keadaan separa hampagas berlaku di dalam lubang silinder
  5. Injap masukan terbuka dan injap ekzos tertutup
  6. Udara disedut masuk melalui pembersih udara dan melalui venture dalam karburetor, bahan api tersembur di muncung utama
  7. Campuran udara bahan api yang terhasil disalurkan ke dalam lubang silinder
  8. Injap cok mengawal udara bersih masuk ke venture
  9. Injap pendikit pula mengawal campuran udara dan bahan api memasuki lubang silinder
Sistem Bahan api

Sistem Bahan api

Bahagian karburetor

Bahagian karburetor

Fungsi Bahagian Utama Sistem Bahan Api

  1. Tangki Bahan Api –  Menyimpan bahan api
  2. Saluran Bahan Api – Menyalurkan bahan api dari tangki bahan api ke kaburetor
  3. Karburetor – Membekalkan campuran udara dan bahan api pada kadar yang betul
  4. Pembersih Udara – Menapis kotoran udara dan mengurangkan bunyi bising semasa udara masuk ke lubang silinder
  5. Rongga Masukan – Menyalurkan campuran udara dan bahan api ke lubang silinder
  6. Injap Masukan – Mengawal campuran udara dan bahan api masuk ke lubang silinder

Sistem penyalaan

Sistem penyalaan adalah sistem yang membekalkan arus elektrik voltan tinggi yang terhasil dari bahagian magneto kepada palam pencucuh melalui kabel tegangan tinggi untuk pembakaran campuran udara dan bahan api pada masa yang betul.

Terdapat dua jenis penyalaan enjin, iaitu:

  1. Sistem Penyalaan Magneto digunakan dalam enjin satu silinder. Sistem jenis ini menggunakan roda tenaga bermagnet dan gelung penyalaan
  2. Sistem Penyalaan Agihan bateri digunakan dalam enjin berbilang silinder. Sistem jenis ini menggunakan bateri, motor penghidup dan alat pengagihan

Sistem Penyalaan Magneto

Sistem penyalaan berfungsi untuk:

  1. Membekalkan voltan tinggi kepada palam pencucuh melalui kabel tegangan tinggi

Bekalan voltan tinggi akan menghasilkan percikan bunga api pada elektrod palam pencucuh semasa lejang berkuasa

Sistem penyalaan magneto

Sistem penyalaan magneto

Fungsi Bahagian Utama Sistem Penyalaan

  1. Magnet Kekal – Terletak pada bahagian dalam roda tenaga dan mewujudkan medan magnet untuk menghasilkan voltan tinggi kepada palam pencucuh
  2. Gegelung Penyalaan – Meninggikan voltan elektrik untuk dibekalkan ke palam pencucuh
  3. Condenser
    • Mencegah titik daripada terbakar
    • Mempercepatkan keruntuhan dan pengembangan medan magnet
    • Menyimpan arus elektrik buat sementara waktu
  4. Titik Sesentuh – Mengawal pengeluaran bunga api pada palam pencucuh
  5. Palam Pencucuh – Menghasilkan percikan bunga api semasa lejang kuasa
  6. Kabel Tegangan Tinggi – Mengalirkan arus voltan tinggi ke palam pencucuh
  7. Sesondol Pemutus – Mengawal bukaan titik sesentuh

Sistem Ekzos

  1. Sistem ekzos berfungsi mengeluarkan gas ekzos hasil campuran udara bahan api ke atmosfera
  2. Sistem ini juga mengurangkan bunyi bising enjin semasa hasil pembakaran melalui penyenyap bunyi
Sistem ekzos

Sistem ekzos

Sistem ekzos enjin satu silinder empat lejang                                                                                                           lejang

Sistem ekzos enjin satu silinder empat
lejang lejang

Fungsi Bahagian Utama Sistem Ekzos

  1. Injap Ekzos – Memberi laluan kepada hasil pembakaran keluar daripada lubang silinder
  2. Rongga Ekzos – Menyalurkan hasil pembakaran daripada lubang silinder ke paip ekzos
  3. Paip Ekzos – Menyalurkan hasil pembakaran ke penyenyap bunyi
  4. Penyenyap Bunyi – Mengurangkan bunyi bising enjin hasil pembakaran campuran udara bahan api

Sistem penyejukan

  1. Sistem penyejukan berfungsi mengurangkan kesan haba akibat pembakaran campuran udara bahan api
  2. Terdapat dua jenis sistem penyejukan, iaitu:
    a)    Sistem penyejukan udara bagi enjin satu silinder empat lejang
    b)    Sistem penyejukan cecair bagi enjin berbilang silinder
  3. Udara disedut oleh roda tenaga masuk ke dalam perumah penghembus dan disebarkan ke bahagian sirip penyejuk
  4. Sirip penyejuk memerangkap udara di celah-celah bilahnya sebelum dibebaskan ke atmosfera
Sistem penyejukan

Sistem penyejukan

Fungsi Bahagian Utama Sistem Penyejukan

  1. Roda Tenaga – Menyedut udara sekitar dengan bilahnya dan mengedarkan ke perumah penghembus
  2. Perumah Penghembus – Menghalakan udara yang disedut ke sirip penyejuk
  3. Sirip Penyejuk – Memberi permukaan yang lebih luas untuk pelepasan haba

Menservis Enjin

Tujuan menservis enjin adalah untuk meningkatkan prestasi enjin dan mengelakkan kerosakan. Kerja menservis pembersih udara dapat menjimatkan penggunaan bahan api serta meningkatkan kelicinan pergerakan enjin

Mengganti Palam Pencucuh

Palam pencucuh membekalkan percikan bunga api semasa lejang kuasa. Palam pencucuh yang telah lama digunakan akan mengalami endapan karbon, berminyak, elektrod haus atau retak pada penebatnya

Palam pencucuh

Palam pencucuh

Keadaan pencucuh (a) berminyak, (b) berkarbon, (c) retak dan (d) baik

Keadaan pencucuh –  (a) berminyak, (b) berkarbon, (c) retak dan (d) baik

Menservis Palam Pencucuh

Alatan yang diperlukan:
Enjin satu silinder empat lejang
Soket
Tangkai
Tolok perasa
Pemutar skru rata

Bahan:
Kain pembersih
Kertas las jenis halus

Langkah-langkah:

1. Tanggalkan kabel tegangan tinggi

Langkah 1

Langkah 1

2. Tanggalkan palam pencucuh dengan menggunakan soket dalam bersama tangkai yang sesuai

Langkah 2

Langkah 2

3. Periksa keadaan palam pencucuh tersebut. Sekiranya penebat pada palam pencucuh itu retak atau elektrod tengahnya telah haus gantikan palam pencucuh tersebut

Langkah 3

Langkah 3

4. Sekiranya palam pencucuh itu berkarbon atau berminyak, bersihkan elektrod palam pencucuh

Langkah 4

Langkah 4

5. Periksa kelegaan elektrod dengan tolok perasa. Laraskan elektrod dengan menggunakan pemutar skru mata rata jika perlu

Langkah 5

Langkah 5

6. Ikat semula palam pencucuh pada kepala silinder dan sambungkan kabel tegangan tinggi

Langkah 6

Langkah 6

Memeriksa Aras dan Menukar Minyak Pelincir

Minyak pelincir akan kotor setelah digunakan suatu masa tertentu. Keadaan ini berlaku kerana endapan karbon yang dihasilkan semasa embakaran dan juga endapan kotoran akibat geseran bahagian enjin. Ini menyebabkan minyak pelincir akan menjadi hitam lalu tidak sesuai digunakan. Minyak pelincir yang kotor mestilah ditukarkan.

Memeriksa Aras dan Keadaan Minyak Pelincir

Alatan yang diperlukan:
Enjin satu silinder empat lejang

Bahan:
Kain pembersih
Minyak pelincir

Langkah-langkah:

  1. Keluarkan ukuran celup dan bersihkan dengan kain
  2. Masukkan semula ukuran celup tanpa mengetatkan dan keluarkan untuk memerhati kesan aras minyak pelincir
  3. Sekiranya aras minyak pelincir di bawah aras minima, anda bolehlah menambah minyak pelincir ke aras maksima
  4. Sekiranya aras minyak pelincir masih mencukupi, pasang dan ketatkan semula ukuran celup
  5. Sekiranya minyak pelincir itu kotor ia mestilah ditukarkan

Menukar Minyak Pelincir

Alatan yang diperlukan:
Enjin satu silinder empat lejang
Sepana
Corong
Bekas minyak

Bahan:
Kain pembersih
Minyak pelincir yang baru

Langkah-langkah:

1. Letakkan bekas minyak di bawah palam buang minyak

Langkah 1

Langkah 1

2.Tanggalkan palam pengisi minyak atau ukur celup bagi sesetengah enjin

Langkah 2

Langkah 2

3. Tanggalkan palam buang minyak dengan menggunakan sepana

Langkah 3

Langkah 3

4. Biarkan minyak pelincir mengalir keluar melalui palam buang minyak

Langkah 4

Langkah 4

5. Setelah minyak pelincir habis dialirkan keluar, ketatkan semula palam buang minyak

Langkah 5

Langkah 5

6. Isikan minyak pelincir baru ke dalam takung minyak melalui palam pengisi minyak. Gunakan corong supaya minyak tidak tumpah

Langkah 6

Langkah 6

7. Periksa aras minyak pelincir dan isikan minyak pelincir sehingga paras maksima

Langkah 7

Langkah 7

8. Ketatkan semula palam pengisi minyak pelincir dan ukur celup tadi

Langkah 8

Langkah 8

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s